Monday 19 August 2013

Madahmu Indah Belaka



Assalammualaikum. Rasanya blog sudah lama tidak dikemaskini, boleh diibaratkan dengan rumah kosong yang mempunyai banyak sarang labah-labah. Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Salah dan silap semoga dimaafkan.

Cerita pasal maaf dan memaafkan ni, teringat satu kisah. Antara sepasang suami isteri dan keluarga si suami. Lumrah pasangan yang baru berkahwin untuk masih bergantung  kepada kedua orang tua dan juga keluarga kerana masih belum mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Contohnya, pasangan baru berkahwin ni masih tinggal sebumbung dengan kedua orang tua. 

Apa yang ingin disampaikan adalah, bila kita masih bergantung pada kedua orang tua dan juga keluarga, kenalah tahu adab-adabnya. Masih bergelar anak, kenalah buat cara anak. Kenalah hormat orang tua, bila dah berjanji kenalah tunaikan. Lumrah pasangan baru berkahwin untuk rasa janggal bila perlu tinggal bersama mentua dan mertua, tapi cubalah untuk sesuaikan diri dalam keadaan tersebut. Jika mahu hubungan kekeluargaan itu berkekalan si menantu kenalah bijak untuk menawan hati mentua @ mertua dan keluarga sebelah suami. Mana boleh berkepit dengan suami 24jam. Kenalah bijak untuk mnegurus hal yang bersangkutan dengan hal rumah tangga. Jika dahulu masih lagi anak manja yang sering duduk bawah ketiak emak 24jam, cubalah usaha untuk ubah tabiat tersebut.
Kenalah belajar masak, siapkan pakaian suami dan sebagainya. Takkan dah kahwin, suami masih perlu menguruskan hal sendiri. Makan minum masih mengharapkan ibu yang sediakan. Pakaian masih diurus oleh kakak ipar. Walaupun usia masih muda, cubalah jadi matang sikit. Buang perangai kebudak-budakan. Lihat kesesuaian. Hidup di alaf baru ni, kena pandai adaptasikan diri dengan suasana sekeliling. Bila dalam keadaan yang sentiasa patuhi masa, kenalah patuhi masa. Bila dalam keadaan yang sentiasa memenuhi janji, kita pun perlulah menunaikan janji. Jangan hanya “menanam tebu di hujung bibir”. 

Ingat, tanggapan pertama memberi kesan yang panjang dan dalam hidup seseorang. Sekali diri dicop sebagai seorang yang pemalas, selamanya akan kekal dalam memori seseorang bahawa anda adalah pemalas, melainkan anda menunjukkan perubahan yang hebat. Sekali anda dicop sebagai si pemungkir janji, selamanya anda tidak akan dipercayai. Jadi, berhati-hati dengan setiap perkataan dan perlakuan anda.

Friday 12 April 2013

Cemburu ku Buta sangat?

Entri kali ni mungkin aneh sedikit. Entri ni mungkin khusus untuk para isteri di luar sana. Jom hayati situasi di bawah:
Suami (A) perlu pergi ke temuduga kerja. Kebetulan pula sepupu perempuan (C) perlu menghadiri temuduga, diringkaskan cerita si (C) pun pergilah ke temuduga dengan si (A) ni. Diakhirkan cerita, si (B) ni isteri kepada (A) cemburulah pula. Kata si (A) ni dating dengan (C). Macam biasa (perang 'dingin' pun terjadi).
Apa yang ingin diketengahkan adalah, cemburu itu memanglah perlu dalam rumahtangga sebagai simbol si isteri sayangkan suami , tetapi kalau dah cemburu sehingga tahap buta sangat pun tidak boleh juga. Sebagai seorang isteri, kepercayaan itu perlulah diberi kepada suami. Dibimbangi bila kita cemburu sangat, nanti suami cari lain betul-betul (kan payah nanti?) .



Kunci kebahagian rumah tangga adalah saling mempercayai. Suami pula, bila isteri sudah meletakkan kepercayaan yang tinggi, jangan pula mengecewakan isteri dengan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Sebolehnya, apa yang terjadi pada diri dan selagi boleh dikongsi dengan isteri, silalah kongsi. Jangan biarkan isteri menaruh rasa curiga terhadap diri anda.

Ingat para isteri di luar sana, belajar untuk menaruh rasa percaya pada suami anda.




Sunday 7 April 2013

Fobia Dapur

Aku teringat satu kisah ni. Tentang seorang isteri muda yang baru nikahlah. Kisahnya lebih kurang begini:
Kakak ipar si isteri muda (muda kerana usia yang muda) menyuruhnya untuk menolong memotong sayur sementara kakak iparnya membuat kerja yang lain. Diringkaskan cerita si A ni tadi mulalah memotong sayur sambil diperhatikan nenek mereka. Tiba-tiba, tangan si A ni pun lukalah kerana terkena pisau (baru potong sikit tu), lepas tu dengan alasan yang kira munasabahlah kot, si A kata kepada nenek suaminya "Ah, tangan aku luka. Cuci dululah." Lepas si A cuci luka tu, dengan senangnya dia meninggalkan kerja yang tidak sampai sekerat jalan lalu mulalah mengadu kat hubby nya yang dia tu telah luka. Dengan wajah yang kehairanan, nenek pun tertanya-tanya, "Kat mana si A?"
Apa yang aku mahu sampaikan adalah, wanita zaman kini semakin lama semakin fobia dengan dapur. Mengapa? Luka sikit, hah mulalah cabut lari dengan alasan seribu. Ingat ya wanita kat luar sana yang bakal dan sudah bergelar isteri, medan juang wanita ni adalah kat dapur. Kau buta masak macam mana sekalipun, kau kena belajar dan cubalah masak walaupun masakan tu kira hampeh. Sebab apa? Perut suami kenalah jaga, kang tak pasal-pasal suami cari lain kalau dok asyik lari dari tanggungjawab. Sebagai anak ataupun menantu, wanita harus reti masuk dapur. Sampai bila mahu bergantung harap kat mak ataupun kat mak mertua untuk tolong sediakan makanan.

Ingat, semoden manapun cara hidup anda pada masa kini, satu hari kelak pasti anda yang bergelar wanita akan berdamping dengan dapur. Anda adalah tukang masak dan pembantu rumah sepenuh masa. Macam mana mahu dapat gelaran isteri ataupun ibu mithali kalau tak reti buat kerja rumah. Bukan begitu?

Oklah, setakat itu sahaja entri kali ini. Jangan lupa untuk berusaha buang fobia dapur ya khususnya mereka yang bergelar wanita.

Psst, kalau mahu jadi menantu kesayangan, kenalah pandai jaga hati (pandai buat kerja dapur walaupun pada hakikatnya tak reti langsung).

Monday 1 April 2013

Buat itu, Buat ini

Mana-mana bos pun pasti akan membuat satu perkara yang penting iaitu bab arah-mengarah. Kau buat itu, kau buat ini. Kadang-kadang penat juga, yalah lepas satu, satu lagi. Terlalu banyak benda yang perlu dibuat. Kadang-kadang naik geram juga dan tertanya-tanya, tidak adakah yang sudi menghulurkan bantuan. Kadang-kadang juga terfikir, alangkah seronoknya menjadi bos. Tanpa perlu berbuat apa-apa, hanya goyang kaki fdan ibarat magic, hanya dengan petikan jari, segalanya terus terlaksana.

Keadaan ini membuatkan sesiapa sahaja akan memasang angan-angan untuk menjadi bos. Manalah tahu dapat gelaran bos besar, cik puan dan bermacam lagi. Berada di posisi yang tertinggi kadang-kadang membuatkan orang menjadi pesimistik, orang yang mudah bersifat negatif. sukar untuk mempercayai orang lain. Akibatnya, apabila orang bawahan membuat kerja, segalanya menjadi serba tidak kena. Semuanya menjadi salah. Itu salah, inipun salah. Akhirnya, apabila sudah dikomen, kerja tidak akan menjadi mahupun tidak sempurna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...