Monday 19 August 2013

Madahmu Indah Belaka



Assalammualaikum. Rasanya blog sudah lama tidak dikemaskini, boleh diibaratkan dengan rumah kosong yang mempunyai banyak sarang labah-labah. Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Salah dan silap semoga dimaafkan.

Cerita pasal maaf dan memaafkan ni, teringat satu kisah. Antara sepasang suami isteri dan keluarga si suami. Lumrah pasangan yang baru berkahwin untuk masih bergantung  kepada kedua orang tua dan juga keluarga kerana masih belum mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Contohnya, pasangan baru berkahwin ni masih tinggal sebumbung dengan kedua orang tua. 

Apa yang ingin disampaikan adalah, bila kita masih bergantung pada kedua orang tua dan juga keluarga, kenalah tahu adab-adabnya. Masih bergelar anak, kenalah buat cara anak. Kenalah hormat orang tua, bila dah berjanji kenalah tunaikan. Lumrah pasangan baru berkahwin untuk rasa janggal bila perlu tinggal bersama mentua dan mertua, tapi cubalah untuk sesuaikan diri dalam keadaan tersebut. Jika mahu hubungan kekeluargaan itu berkekalan si menantu kenalah bijak untuk menawan hati mentua @ mertua dan keluarga sebelah suami. Mana boleh berkepit dengan suami 24jam. Kenalah bijak untuk mnegurus hal yang bersangkutan dengan hal rumah tangga. Jika dahulu masih lagi anak manja yang sering duduk bawah ketiak emak 24jam, cubalah usaha untuk ubah tabiat tersebut.
Kenalah belajar masak, siapkan pakaian suami dan sebagainya. Takkan dah kahwin, suami masih perlu menguruskan hal sendiri. Makan minum masih mengharapkan ibu yang sediakan. Pakaian masih diurus oleh kakak ipar. Walaupun usia masih muda, cubalah jadi matang sikit. Buang perangai kebudak-budakan. Lihat kesesuaian. Hidup di alaf baru ni, kena pandai adaptasikan diri dengan suasana sekeliling. Bila dalam keadaan yang sentiasa patuhi masa, kenalah patuhi masa. Bila dalam keadaan yang sentiasa memenuhi janji, kita pun perlulah menunaikan janji. Jangan hanya “menanam tebu di hujung bibir”. 

Ingat, tanggapan pertama memberi kesan yang panjang dan dalam hidup seseorang. Sekali diri dicop sebagai seorang yang pemalas, selamanya akan kekal dalam memori seseorang bahawa anda adalah pemalas, melainkan anda menunjukkan perubahan yang hebat. Sekali anda dicop sebagai si pemungkir janji, selamanya anda tidak akan dipercayai. Jadi, berhati-hati dengan setiap perkataan dan perlakuan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...