Sunday 7 April 2013

Fobia Dapur

Aku teringat satu kisah ni. Tentang seorang isteri muda yang baru nikahlah. Kisahnya lebih kurang begini:
Kakak ipar si isteri muda (muda kerana usia yang muda) menyuruhnya untuk menolong memotong sayur sementara kakak iparnya membuat kerja yang lain. Diringkaskan cerita si A ni tadi mulalah memotong sayur sambil diperhatikan nenek mereka. Tiba-tiba, tangan si A ni pun lukalah kerana terkena pisau (baru potong sikit tu), lepas tu dengan alasan yang kira munasabahlah kot, si A kata kepada nenek suaminya "Ah, tangan aku luka. Cuci dululah." Lepas si A cuci luka tu, dengan senangnya dia meninggalkan kerja yang tidak sampai sekerat jalan lalu mulalah mengadu kat hubby nya yang dia tu telah luka. Dengan wajah yang kehairanan, nenek pun tertanya-tanya, "Kat mana si A?"
Apa yang aku mahu sampaikan adalah, wanita zaman kini semakin lama semakin fobia dengan dapur. Mengapa? Luka sikit, hah mulalah cabut lari dengan alasan seribu. Ingat ya wanita kat luar sana yang bakal dan sudah bergelar isteri, medan juang wanita ni adalah kat dapur. Kau buta masak macam mana sekalipun, kau kena belajar dan cubalah masak walaupun masakan tu kira hampeh. Sebab apa? Perut suami kenalah jaga, kang tak pasal-pasal suami cari lain kalau dok asyik lari dari tanggungjawab. Sebagai anak ataupun menantu, wanita harus reti masuk dapur. Sampai bila mahu bergantung harap kat mak ataupun kat mak mertua untuk tolong sediakan makanan.

Ingat, semoden manapun cara hidup anda pada masa kini, satu hari kelak pasti anda yang bergelar wanita akan berdamping dengan dapur. Anda adalah tukang masak dan pembantu rumah sepenuh masa. Macam mana mahu dapat gelaran isteri ataupun ibu mithali kalau tak reti buat kerja rumah. Bukan begitu?

Oklah, setakat itu sahaja entri kali ini. Jangan lupa untuk berusaha buang fobia dapur ya khususnya mereka yang bergelar wanita.

Psst, kalau mahu jadi menantu kesayangan, kenalah pandai jaga hati (pandai buat kerja dapur walaupun pada hakikatnya tak reti langsung).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...