
Cerita pasal maaf dan memaafkan ni, teringat satu kisah.
Antara sepasang suami isteri dan keluarga si suami. Lumrah pasangan yang baru
berkahwin untuk masih bergantung kepada
kedua orang tua dan juga keluarga kerana masih belum mempunyai kedudukan
kewangan yang stabil. Contohnya, pasangan baru berkahwin ni masih tinggal
sebumbung dengan kedua orang tua.

Kenalah belajar masak, siapkan pakaian suami dan sebagainya.
Takkan dah kahwin, suami masih perlu menguruskan hal sendiri. Makan minum masih
mengharapkan ibu yang sediakan. Pakaian masih diurus oleh kakak ipar. Walaupun
usia masih muda, cubalah jadi matang sikit. Buang perangai kebudak-budakan.
Lihat kesesuaian. Hidup di alaf baru ni, kena pandai adaptasikan diri dengan
suasana sekeliling. Bila dalam keadaan yang sentiasa patuhi masa, kenalah
patuhi masa. Bila dalam keadaan yang sentiasa memenuhi janji, kita pun perlulah
menunaikan janji. Jangan hanya “menanam tebu di hujung bibir”.
Ingat, tanggapan pertama memberi kesan yang panjang dan
dalam hidup seseorang. Sekali diri dicop sebagai seorang yang pemalas,
selamanya akan kekal dalam memori seseorang bahawa anda adalah pemalas,
melainkan anda menunjukkan perubahan yang hebat. Sekali anda dicop sebagai si
pemungkir janji, selamanya anda tidak akan dipercayai. Jadi, berhati-hati
dengan setiap perkataan dan perlakuan anda.